Friday, 1 November 2013

Pagi di Kampung Halaman...


Hai semua....alhamdulillah malam tadi sampai ke kampung halaman, even agak lambat bertolak dari Kuala Lumpur sebab beratur panjang untuk Burger Abang Burn! Servis sangat bagus..order pun senang and cepat dapat. Sampai-sampai je meja penuh, kami orang yang ke10-11 beratur untuk order. Ain xpernah makan burger ni...tapi tengok pelanggan yang ramai...dan tengok sume khusyuk makan,licin plak tu..gagahkan diri gak la walaupun line masih panjang.


Ain risau jugak kalau lambat siap, sebab orang ramai...sampai la giliran kami order. Ain order Lamb Cheeze Burger atas cadangan dari syahir die kata "Sedappp"..Syahir pulak order Meetball and sosej. ktorang tanye la lame ke?rase2 berape lama? staff tu cakap 15minit...kami pun terus cari seat untuk duduk.

Duduk je dalam masa 10-15minit macamtu kami dapat da order kami....Memang impress! cepat betul..disebabkan SEDAP Btul! xsempat nak snap gambar..XD

Sebenarnya na share dengan semua resepi bihun goreng yang ain buat pagi ni...memang best! Sedap sangat....bile buat je mesti licin..cume..besenye ain masak ni ikut naluri..campak-campak ikut sesedap rasa ati hehe Selamat mencube..



BIHUN GORENG

bahan-bahannya
1 bungkus bihun(direndam sekejap dalam air sampai lembut)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 kiub ikan bilik
4 cili kampung(pilihan jika nak pedas giler)
15 batang cili kering
sawi
Udang@ayam@daging
4 biji telur
Kicap
sedikit garam
sedikit minyak untuk menumis
hiasan-cili merah,daun sup dan daun bawang (dipotong halus)

cara-caranya
1. Blend bawang merah, bawang putih, kiub bilis dan cili kampung(pilihan) dan garam.
2.Rebus cili kering, tapis dan blend.(bole pakai cili boh..tapi lg Om! dengan cili kering)
3.Panaskan minyak( dalam 4-5 sudu besar).. masukkan telur goreng dan kacau hancur.(ain buat camni sebab malas na potong-potong..lagipun tuk tambah rasa minyak )-tos dan asingkan dalam pinggan.
4. Minyak yang sama tumiskan bahan blend tadi.
5.selepas kering air tumissan tadi..and keluar minyaknye..masukkan kicap pulak..jangan kacau lagi..biar die berbuih(masak/goreng sebati ngan minyak)- tunggu brbuih tapi jangan sampai kering.
6. Kemudian baru masukkan ayam@udang@daging-tunggu masak
7. Barulah dimasukan sawi, taugeh dan telur goreng hancur tadi.
8. Tos kan Bihun yang direndam tadi..dan masukkan.Gaul bersama bahan-bahan lain.
9. Jika Bihun masih keras/bahan tumisan kering- tambahkan air sedikit untuk Bihun lembut dan sebati dengan rencah.

Siap untuk dihidangkan dan bolehlah di hias dengan bahan hiasan..nyumm.. =)



No comments:

Post a Comment