Saturday, 9 November 2013

Crunchy Almond cookies @ Biskut badam ranggup

Alhamdulillah..dapat ain berkongsi lagi resepi bersama teman-teman @ pembaca Rasa Dapur Ain. Hari ni Ain na berkongsi macam mana na bake crunchy amond ni dan apa bahan-bahan nye...



Haaa..mesti ramai yang beranggapan senang je buat ni..sebab bahan-bahannye senang (kekacang dan florentine) kn? sebab tu kene try dulu baru tahu..sebab ada teknik-teknik sendiri untuk buat crunchy almond ni..Bahan-bahan yang digunakan dalam crunchy almond ni pun agak mahal, florenta 500g dalam RM17, almond 1kg dalam RM34 yang lain ain ambil dalam kuantiti kecik. jadi dalam RM20 ke bawah la.


ni boleh katakan percubaan ke2 ain buat crunchy almond ni, yang mula-mula hancur la..hanggus...xmasak...macam-macam la..tapi xjadi pon dapat sebalang gak, bile balik minggu depannye da abeh..kosong..haha


Hari ni ain buat gak, dapat la 1 sebalang besa dan 1 balang kecik...yang kecik tu da asingkan untuk ain..sebab dijangkakan akan cepat habis xsampai 1hari...tup.tup..memang betul pon. tapi serius sangat sedap, sweet, crunchy! bole makan macam snack =)


Nak buat cookies ni, kene bakar atas loyang 14x14 dan harus dilapik dengan kertas kek dan bukan kertas minyak kalau x nanti melekat pulak. Kertas kek ni boleh dipakai semula..jimat kan, kertas ni boleh dapat kt kedai bakeri, pasaraya pun de..

Maklumat penting untuk semua, biskut ni mesti dipotong waktu panas-panas lagi (keluar oven), kalau da sejuk alamat patah dan pecah la biskut kita..sebab biskut ni sanggat rapuh dan senang pecah/patah. Ain gunakan pisau dapur je..boleh juga na gunakan pemotong piza, ekut kesesuaian anda. Na tahu cara pemotongan biskut ni, boleh lihat disini.


Jom kita tengok resepinye, ain dapat resepi ni dari blog Azlita Masam Manis.

200gm Tepung Florenta
200gm Badam keping
100gm Kuaci hitam
20gm Bijan hitam

Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit
Satukan semua bahan dalam bekas
Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna

Sediakan loyang 14x14 inc, alas loyang dengan kertas kek sahaja
Panaskan oven pada suhu 160C
Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis
Bakar dalam oven selama 10 minit
Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan
Simpan dalam bekas kedap udara.


Selamat Mencuba =)


Berminat untuk Order Cookies untuk apa sahaja majlis boleh hubungi ain di talian 018-2745627 atau email ke rasadapurain@gmai.com

No comments:

Post a Comment