Resepi





Crunchy Almond Cookies @ Badam Rangup

Jom kita tengok resepinye, ain dapat resepi ni dari blog Azlita Masam Manis.

200gm Tepung Florenta
200gm Badam keping
100gm Kuaci hitam
20gm Bijan hitam

Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit
Satukan semua bahan dalam bekas
Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna

Sediakan loyang 14x14 inc, alas loyang dengan kertas kek sahaja
Panaskan oven pada suhu 160C
Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis
Bakar dalam oven selama 10 minit
Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan
Simpan dalam bekas kedap udara.

Selamat Mencuba =)




BIHUN GORENG


bahan-bahannya

1 bungkus bihun(direndam sekejap dalam air sampai lembut)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 kiub ikan bilik
4 cili kampung(pilihan jika nak pedas giler)
15 batang cili kering
sawi
Udang@ayam@daging
4 biji telur
Kicap
sedikit garam
sedikit minyak untuk menumis
hiasan-cili merah,daun sup dan daun bawang (dipotong halus)

cara-caranya

1. Blend bawang merah, bawang putih, kiub bilis dan cili kampung(pilihan) dan garam.
2.Rebus cili kering, tapis dan blend.(bole pakai cili boh..tapi lg Om! dengan cili kering)
3.Panaskan minyak( dalam 4-5 sudu besar).. masukkan telur goreng dan kacau hancur.(ain buat camni sebab malas na potong-potong..lagipun tuk tambah rasa minyak )-tos dan asingkan dalam pinggan.
4. Minyak yang sama tumiskan bahan blend tadi.
5.selepas kering air tumissan tadi..and keluar minyaknye..masukkan kicap pulak..jangan kacau lagi..biar die berbuih(masak/goreng sebati ngan minyak)- tunggu brbuih tapi jangan sampai kering.
6. Kemudian baru masukkan ayam@udang@daging-tunggu masak
7. Barulah dimasukan sawi, taugeh dan telur goreng hancur tadi.
8. Tos kan Bihun yang direndam tadi..dan masukkan.Gaul bersama bahan-bahan lain.
9. Jika Bihun masih keras/bahan tumisan kering- tambahkan air sedikit untuk Bihun lembut dan sebati dengan rencah.

No comments:

Post a Comment