Thursday, 31 October 2013

Hotel Renaissance JB

Baru-baru ni Ain ke JB untuk menghadiri majlis makan malam Anjuran MIA (Malaysian Institute Accountant), Rasa xde kene mengena dengan Ain yang bidang jurutera ni, tapi sebab permintaan syarikat memenuhkan tempat yang telah disponsor oleh syarikat..pegi jela kan.kan.kan..1 tempat duduk je da  RM1++ kalah seat tiket wayang VIP hehe.

Tujuan event untuk berkenalan dengan orang-orang penting di JB sana. Tapi last minit ramai yang xjadi pegi..terpaksa cari pengganti untuk seat yang kosong. Jumaat pagi Ain bertolak perjalanan amik masa 4jam jugak la termasuk benti isi angin,tandas dan makan kat RNR tu.


Jam 1 sampai la kat renaissance Hotel tu...tapi awal lagi, sebab check-in pukul2, Kalau na tahu..Renaissance hotel ni dekat ngan Jusco gak..jadi pegi la Jusco jap cari barang tuk pakai majlis malam tu. Jalan punye jalan! jumpe pulak ngan coat ni..(tgk harge) !,,tkejut. "aaaa..murahnye" trus amik size..macam-macam warne pulak tu...bese la perempuan..pantang sume nak amik, last-last kawan kata "xkan na amik sume sama design..amik satu je,esok bli design lain warne lain"..hehe tul gak ea.


Hampir pukul jam2 kami bertolak ke Hotel...walaupun da datang kali ke-2, masih terkesima sebab hotel ni cantik walaupun baru sampai lobi, blom masuk bilik hotel lagi..haaaa..ni yang xsabar ni..


Masuk je bilik Hotel "WOW!..cantikkk.." Ain dengan kawan trus grab Hp dengan camera amik gambar bilik...event tu la bilik paling rendah harge(still mahal bagi ain la..=p) tapi nampak exclusive sangat...


Dalam 15minit rehat dan bersiap, terus gi ke coffee house meeting dengan CIMB dalam 1jam, pastu meeting dengan syarikat secretary 1jam..penattt..naik bilik je dalam 1jam na besiap tuk ke majlis tu.


Haaaa Siap pun, Xtau na se casual mane..senang pakai je baju kurung.hee


Majlis tu bermula dengan ucapan dari wakil MIA serta sponsor bagi majlis MIA ni, lepas je abih ucapan..datang la makanan (yang ditunggu-tunggu) haha.. makanan datang satu persatu dan diselang selikan dengan persembahan dan cabutan bertuah.


Kenyang sangat2! Jangan xtau 3kali meja kami hampir terkena cabutan bertuah...tapi xdapek2 pon. Last2 terkena gak bertuahnya...hihihi


Bermalam sehari je..company bayar kn..xleh la demand lebih..hehe, Pagi tu siap2 gi makan breakfast..nyummm sedappp...kenyang makan, macam-macam ada! haha


Jam10 ktorang check out...Otw balik singgah ke JPO, 1st time ni melangkah ke JPO...Orang kate kat sini sume barang brand mahal-mahal tapi jual murah,jangan risau original! kita xbiasa pakai mahal-mahal ni..takat mahal RM1++ tu je la. Last2 dapat tengok jela. Heee..




No comments:

Post a Comment