Thursday, 31 October 2013

Door Gift Murah! di Klang

Alhamdulillah, beberapa hari saja lagi majlis kahwin adik akan berlansung aka 31/11/2013. Macam biasa kenduri orang kampung, kita xguna katering..gotong royong masak sama-sama. Kenduri ni biasanya amik masa 3hari..sebab hari jumaat tu da kenduri doa selamat sambil asing-asingkan tugas. Hari ke2 pulak hari bernikah dan orang pun da start potong-potong bawang,cili,sayur,daging untuk masak malam sebab malam kebiasaannye orang da start datang makan. Ahad nye pulak bersanding....kebanyakkan tetamu yang datang sabtu xdatang ahad..ekut availability masing-masing..

MuLa-muLa MemaSak

Ain ni suka memasak, mula-mula belajar memasak umur 12 tahun. hmmm..Adik-adik perempuan lain pun sama..yang lelaki diajar banyak buat kerja luar. Abah kate yang penting anak perempuan tahu masak, kalau xtahu besok pegi rumah orang kate xtahu masak, buat malu je..hihi

Kitaorang xde komplen pon, tanggungjawab anak perempuan memasak.. macam-macam gak la ragamnya masa mua-mula memasak dulu.haha masak nasi pun xreti..lagi-lagi bile da duduk asrama, bila balik kampung je kene masak, boleh pulak lupe bahan-bahan masak nasi goreng. time tu mak xde...na masak nasi goreng xegat. Terpakse la gak time tu call kawan pakai telepon umah...(kelakar tul) nasib la kawan tahu. kihkih

Hotel Renaissance JB

Baru-baru ni Ain ke JB untuk menghadiri majlis makan malam Anjuran MIA (Malaysian Institute Accountant), Rasa xde kene mengena dengan Ain yang bidang jurutera ni, tapi sebab permintaan syarikat memenuhkan tempat yang telah disponsor oleh syarikat..pegi jela kan.kan.kan..1 tempat duduk je da  RM1++ kalah seat tiket wayang VIP hehe.

Tujuan event untuk berkenalan dengan orang-orang penting di JB sana. Tapi last minit ramai yang xjadi pegi..terpaksa cari pengganti untuk seat yang kosong. Jumaat pagi Ain bertolak perjalanan amik masa 4jam jugak la termasuk benti isi angin,tandas dan makan kat RNR tu.